INGAT le, matlamat asal PPSMI ini ialah apa? Meningkatkan penggunaan dan kefasihan anak anak kita bebahasa Inggeris agar tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan global sekarang ini. Persoalannya sekarang adakah tidak mungkin kita mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa pembelajaran disamping meningkatkan keberkesanan pengajaran bahasa inggeris supaya anak anak kita boleh membaca, bertutur i.e. berkomunikasi dalam bahasa inggeris.
Amat malang sekali dalam kita berkelahi dalam isu ini di dalam alam virtual memrlukan kita bersama untuk mempertingkatkan penggunaan bahasa melayu. Di sana peluang begitu banyak untuk kita menterjemahkan bahasa agar segala yang berbahasa inggeris boleh diterjemahkan dalam bahasa melayu.
Inilah sepatutnya kerja kita. Memperkasakan bahasa melayu dan memastikan anak anak kita paling kurang fasih berkomunikasi dalam sekurangnya dua lagi bahasa salah satunya inggeris dan yang kedua pilihlah, arab, mandarin, perancis, jepun, jerman, sepanyol. Kerana semua bahasa-bahasa ini mempunyai khazanah ilmu yang banyak.
Tak semestinya mereka yang menentang PPSMI tidak akur pentingnya bahasa inggeris sebab menentang PPSMI hanya pada metodenya yang begitu ingin cepat tanpa memikir panjang implikasinya terhadap majoriti kanak kanak yang akan melalui proses ini. Yang pasti mereka yang menyokong PPSMI sememangnya tidak percaya kepada bahasa ibunda mereka sendiri. Fikirlah berapa ramai mereka yang belajar dalam bahasa melayu masih boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan baik. Saya adalah salah seorang dari mereka. Kajilah bagaimana ini boleh berlaku. Jangan ambil jalan pendek yang akhirnya barang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
1 comment:
Innovasi lebih giat dilakukan bila ada "kesusahan" yang mengait "keperluan".
Begitu juga pengunaan bahasa. Jika punya keperluan, sesiapa sahaja boleh mempelajari apa jua bahasa. Dan bila ditekankan dengan kemahuan dan kerajinan, yang bertatih akan lebih cepat menguasainya dari mereka yang dibesarkan mengunakan bahasa kommunikasi tersebut.
Pada suatu ketika dahulu, saya melihat teman-teman yang dari aliran Bahasa Malaysia bersusah-payah untuk memahami dan menggunakan Bahasa Inggeris ketika memasuki kolej. Tetapi setelah tamat pengajian, tengoklah mereka. Kerana keperluan dan kerajinan, mereka lebih fasih mengunakan Bahasa tersebut dari saya yang dari aliran Bahasa Inggeris. Yang penting dalam menguasai ilmu sebenarnya adalah kefahaman asas. Bahasa hanyalah sekadar "alat perkakas". Apa-apa juga bahasa boleh digunakan, selagi bahasa itu mempunyai cukup skop dan kualiti sebagai alat perkakas bagi menjalani proses kefahaman tersebut. Soalannya, adakah Bahasa Malaysia alat yang tidak cukup bagus untuk menguasai ilmu dunia? Kenapa? Dan mengapa kita tidak memperbaiki ianya agar setanding bahasa dunia yang lain?
Dan jika kita tidak mempunyai 'keperluan' untuk memperbaiki (memperhebatkan) Bahasa kita sendiri, ianya pasti nanti seumpama bangunan-bangunan usang dalam tapak "heritage" yang tersenarai dalam UNESCO untuk
dilawati sahaja.
turtle
Post a Comment